KESAN PERINDUSTRIAN TERHADAP ALAM SEKITAR


1. Pencemaran Udara Dan Jerebu 

Kesan daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering (dry air). Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di persekitaran Gemas.



2. Fenomena Hujan Asid Fenomena hujan asid ini terjadi apabila komposisi udara yang tercemar

bertindakbalas dengan air hujan dan menyebabkan air hujan berasid. Bahan-bahan pencemar (pollutions) bertindak sebagai nukleus kondesas untuk menyerap wap-wap air di atmosfera dan menghasilkan sebatian-sebatian asid. Hujan asid boleh merosakkan ekosistem akuatik, membantutkan tumbesaran tumbuhan atau tanaman, meningkatkan nilai keasidan tanah dan melunturkan warna bangunan.


3. Pencemaran Bau

Sesetengah industri khususnya industri primer atau industri pemprosesan seperti industri memproses getah, kelapa sawit, kayu balak dan sebagainya berupaya mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbau busuk. Sisa-sisa ini sukar dilupuskan dan tertinggal sebagai “enap cemar” di persekitaran kilang. Oleh itu, pencemaran bau sentiasa berpanjangan dan menimbulkan ketidakselesaan hidup bagi penduduk- penduduk di persekitarannya.

Comments

Popular posts from this blog

AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT MENGAWAL MASALAH DALAM PERINDUSTRIAN.