CADANGAN KAEDAH BAGI MENYELESAIKAN MASALAH DALAM PERINDUSTRIAN.
A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden,
adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya
teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas,
kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada
bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh
dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian
seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.
B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan
sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk
membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah
mempunyai kesedaran.
Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula
disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang
penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat
juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.
C.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR
Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar
adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang
melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar
semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang
mendalam terhadap peserta-pesertanya.
D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting
dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya
pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan
berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang
paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat
khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi
adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya
Comments
Post a Comment